-KEPUASAN ANDA CABARAN KAMI-

Thursday, January 17, 2019

MAKANAN JOHOR PILIHAN


LAKSA JOHOR



Siapa je yang tak tau makanan popular ni kan.. LAKSA JOHOR.
Laksa yang lain dari yang lain, satu satunya laksa yang menggunakan spagetti. 😎

Kuah laksa yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Chef Akmar di penuhi dengan rempah ratus resepi keluarga turun temurun. Dihiasi dengan kacang panjang, taugeh, bawang, timun yang dipotong halus, lobak asin, limau kasturi dan yang paling menarik adalah sambal belacan 🍜

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami :

πŸ“±   0177317803   Norhaliza 

πŸ“±   01113644485  Akmar    

πŸ“±   01110666803  Ayn  

☎  03 55243356  Restoran Bisik Bisik Shah Alam



                        RESTORAN BISIK BISIK SHAH ALAM


Friday, January 11, 2019



🎢Cinta mengapa singgah di hatiku
kau salah memilih tempat dan waktu πŸŽΆ

eh...eh... ada yang ikut nyanyi ke tu? πŸ˜‰ kalau lagu tu kata salah pilih tempat dan waktu jangan ikut tau.. sebab siapa2 yang dah pilih tempat ni dan waktu tak kisah pon bila2 selagi kami buka... dah betul sangat dah tu... lagi2 kalau perut tengah bergendang kan.. tempat ni lah yang paling sesuai sekali nak dituju.

Nak tau apa yang istimewanya tempat ni? meh la pakat ramai2 pekena menu2 kami.  Kami lebih kepada MASAKAN JOHOR dan selain tu pun kami ada menu ala carte yang lain.

Kat mana ni?Tentulah di Restoran Bisik Bisik Shah Alam πŸ˜ sebarang pertanyaan boleh hubungi kami :

πŸ“±   0177317803   Norhaliza 

πŸ“±   01113644485  Akmar    

πŸ“±   01110666803  Ayn  

☎  03 55243356  Restoran Bisik Bisik Shah Alam


RESTORAN BISIK BISIK SHAH ALAM


Thursday, January 10, 2019

HIDANGAN PILIHAN



KACANG POL




Salah satu hidangan pilihan ramai bila datang ke RBB adalah KACANG POL.  Tak semua tahu apa itu kacang pol.

Diambil dari perkataan Arab "Fhoul" iaitu kacang parang yang menjadi resepi utama menu ini. Berasal dari makanan orang Arab dan telah disesuaikan dengan citarasa masyarakat Malaysia di sini. Kacang Pol ini lebih dikenali di negeri Johor dan negara jiran kita Singapura.

Dihidangkan bersama roti bakar yang tebal dan lembut, kuah Kacang Pol juga mengandungi daging kisar, bawang potong, cili potong, telur goyang, bawang goreng dan limau kasturi.

Apa tunggu lagi ? πŸ˜‰



RESTORAN BISIK BISIK SHAH ALAM


SALAM JUMAAT





Selamat menunaikan solat Jumaat buat sahabat2 RBB semua.. seperti yang semua tahu setiap hari Jumaat RBB akan beroperasi seawal jam 3.30 petang 😁

Jumpa nanti tau 😊😊




RESTORAN BISIK BISIK SHAH ALAM






WAKTU OPERASI RBB



WAKTU OPERASI RESTORAN


Sabtu - Khamis 

          12.30 Tengah hari - 11.00 Malam


Jumaat          

          3.30 Petang - 11.00 Malam






RESTORAN BISIK BISIK SHAH ALAM







TAHUN BARU AZAM BARU

Diam tak diam dah 10 hari kita melangkah ke tahun baru.  Semoga tahun baru ini bakal memberi kita semua satu keajaiban yang luar biasa.

Hampir berkurun lama juga kami di RBB tak aktif dengan menulis ni kan..dan kerana dah jadi pekasam terpaksa lah mula daripada bawah semula... (sebab blog yang lama tak ingat password..hahaha)

Jadi sebagai pengenalan semula, kami di RBB sekali lagi mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU dan semoga kawan2 semua sentiasa menyokong perjalanan bisnes kami







RESTORAN BISIK BISIK SHAH ALAM